Bismillah..
Dah lama tak menaip. Musim exam, nak berfoya-foya tak mampu dengan masa yang terhad.
Terasa nak petik sedikit masa menulis di sini. Atau lebih tepat lagi kopi pasta daripada sebuah artikel yang saya rasa sangat bermakna untuk dibaca. Mudah-mudahan dapat memberi motivasi kepada para pembaca sekalian.
______________________________________________________
Ramai manusia yang ketika hidupnya, dia terlupa untuk merasa diri sebagai hamba. Sehinggalah akhirnya kematian datang menjemputnya, ketika itu penyesalan dengan darah mata sekalipun tidak lagi bermakna.
Mereka ini adalah manusia yang mata hatinya telah dihijab oleh Allah untuk nampak kejelasan tanda-tanda-Nya yang cerah. Kerana mereka sendiri sebelumnya telah menjauhkan diri dari landasan kebenaran. Firman Allah,
"Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (mata hatinya) maka dia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya,"surah Al-Isra' ayat 27.
Minta berikan sedikit motivasi, jalan manakah yang paling dekat dengan kejayaan?
Maka saya ingin menyebut jawapan sebegini:
Kita hidup adalah untuk mencari redha Allah SWT. Maka, kejayaan kita yang sebenar adalah apabila segala sesuatu yang kita lakukan adalah untuk mendapat redha Allah SWT.
Pada saya, di sini letaknya motivasi kejayaan kita yang paling besar sebenarnya.
Motivasi yang meletakkan Tuhan sebagai batu asas akan menemui jalan kejayaan yang paling hebat, paling bermakna.
Selaklah sirah baginda nabi, lihatlah kepada para sahabat baginda, telitilah kisah hidup ulama-ulama kita yang terdahulu, yang mereka ini luar biasa bagus dan hebat sekali, kita akan dapati motivasi kejayan mereka adalah redha Sang Pencipta.
PESANAN DR. A'LI JUM'AH
Kerana itu, saya suka untuk sampaikan kepada semua satu petua yang disebut oleh Mufti Mesir, Dr. Ali Jum'ah ketika kuliah beliau di Masjid Al-Azhar sebelum ini.
Kata beliau, setiap pagi ucapkanlah Allahu Maksudi, Wa Redha hu Matlubi (Allah tujuanku, dan redha-Nya lah yang kuharapkan).
Baca ini 7 kali setiap pagi, dan kita insyaAllah akan bergerak untuk menjadi manusia yang lebih baik hari itu.
Kata beliau lagi, pengulangan sebanyak tujuh kali ini sebagai kita memperkuatkan keinginan kita.
Penegasan bahawa kita sememangnya hidup atas tujuan menjadi hamba Allah dan dalam hidup kita, yang kita cari hanyalah redha-Nya.
Maka, pasakkan di dalam jiwa, kita adalah hamba-Nya.
Kerana itu, saya suka untuk sampaikan kepada semua satu petua yang disebut oleh Mufti Mesir, Dr. Ali Jum'ah ketika kuliah beliau di Masjid Al-Azhar sebelum ini.
Baca ini 7 kali setiap pagi, dan kita insyaAllah akan bergerak untuk menjadi manusia yang lebih baik hari itu.
Kata beliau lagi, pengulangan sebanyak tujuh kali ini sebagai kita memperkuatkan keinginan kita.
Penegasan bahawa kita sememangnya hidup atas tujuan menjadi hamba Allah dan dalam hidup kita, yang kita cari hanyalah redha-Nya.
Maka, pasakkan di dalam jiwa, kita adalah hamba-Nya.
"Serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar." Surah At-Taubah ayat 72..
Dipetik dari blog Naimul Firdaus
____________________________________________________
Berbaki 2 paper sahaja
Doakan penulis mendapat keputusan yang baik.
Barakallahulakum.
Barakallahulakum.
23/1 - Anatomy
26/1 - Biochemistry
27/1 - Winter Break ;D
0 notes:
Post a Comment