Showing posts with label 'Eid. Show all posts
Showing posts with label 'Eid. Show all posts
Saturday, November 5 0 notes

Kemuliaan Bulan Zulhijjah




وَلِتُكْمِلُوا العِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللهَ عَلى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُوْن
Maksudnya : “Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu bertakbir (mengagungkan Allah) atas petunjuknya yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur.” (al-Baqarah : 185)


Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Tiada daripada hari-hari yang begitu lebih di sisi Allah dan tiada amalan padanya yang lebih disukai oleh Allah daripada hari-hari 10 sepuluh ini (1-10 Zulhijjah). Maka perbanyakkanlah tahlil, takbir, maka sesungguhnya ia merupakan hari-hari tahlil, bertakbir dan berzikir kepada Allah. Dan puasa sehari daripadanya menyamai puasa setahun dan beramal padanya digandakan 700 kali ganda."
(Hadis Riwayat Al-Baihaqi)


Sabda Nabi Muhammad SAW, "Tidak ada hari yang lebih baik di sisi Allah untuk lakukan amalan kebaikan selain 10 hari terawal dalam bulan Zulhijjah". Para sahabat bertanya, adakah jihad fi sabilillah tidak boleh menandingi amalan yang dilakukan pd 10 hari tersebut?" Nabi bersabda, " Jihad pun tidak boleh menandingi melainkan dia keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian tidak pulang dengan keduanya."
(Hadis Riwayat Bukhari)


Daripada Abi Qatadah al- Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah( 9 Zulhijjah), maka jawab Rasullah S.A.W yang bermaksud: "Dikaffarahkan(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang."
(Sahih Muslim)



KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN ZULHIJJAH

1 ZULHIJJAH
Kesalahan Nabi Adam diampuni Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diampuni Allah akan dosanya.

2 ZULHIJJAH
Doa Nabi Yunus diperkenankan oleh Allah, barangsiapa berpuasa pada hari itu seolah-olah ia berpuasa setahun dan tidak pernah berbuat maksiat sedikit pun.

3 ZULHIJJAH
Doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diperkenankan Allah segala doanya.

4 ZULHIJJAH
Nabi Isa a.s. telah dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terhindar ia daripada kefakiran serta kemelaratan dan pada hari kiamat kelak ia akan tergolong bersama dengan orang-orang terhormat.

5 ZULHIJJAH
Nabi Musa a.s. dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.



6 ZULHIJJAH
Allah membukakan pintu kebajikan kepada Nabi-NabiNya, barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan dipandang oleh Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta terlepas daripada azab.

7 ZULHIJJAH
Pintu neraka jahannam akan dikunci dan dibuka semula lewat 10 Zulhijjah.  Barang siapa berpuasa pada hari itu, dikuncikan Allah baginya 30 pintu kesulitan dan dibukakan 30 pintu kesenangan.

8 ZULHIJJAH
Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail.  Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan.  Hari itu telah dinamakan dengan hari "Tarwiya" (hari berfikir-fikir). Barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan diberi Allah pahala yang tidak terhitung jumlahnya, hanya Allah yang mengetahui.

9 ZULHIJJAH      
Turun ayat terakhir kepada Rasulullah s.a.w. yang tersebut dalam surah al-Ma'idah, ayat 3.  Menurut sejarah, 81 hari setelah ayat ini diturunkan iaitu pada hari Jumaat tanggal 9 Zulhijjah tahun 9 H ketika Nabi wukuf di Arafah, baginda pun wafat.  Pada hari itu juga Allah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu sememangnya adalah perintah dariNya bukan dari syaitan.  Justeru hari itu dinamakan hari "Arafah" (hari tahu).  Barangsiapa yang berpuasa pada hari itu akan diampunkan  Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang

10 ZULHIJJAH    
Adalah Hari Raya Aidul Adha (korban) dinamakan juga hari "Nahar" (menyembelih).  Barang siapa berkorban pada hari itu dengan seekor korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu akan diampuni Allah akan dosanya serta dosa ahli  keluarganya.  Barang siapa yang bersedekah dengan memberi makanan kepada fakir miskin atau satu sedekah pada hari itu, maka ia akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kemudian dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal baiknya lebih berat daripada Bukit Uhud yang terdapat di Madinah.




GANJARAN BAGI MEREKA YANG MEMULIAKAN ZULHIJJAH



Kata sebahagian Ulama, "Barang siapa yang memuliakan hari-hari yang berlalu dalam bulan Zulhijjah, nescaya ia akan dianugerahi oleh Allah dengan 10 macam kemuliaan iaitu:

1. Berkat pada umurnya
2. Bertambah hartanya
3. Kehidupan rumahtangganya akan terjamin
4. Membersihkan diri daripada dosa dan kesalahan yang telah lalu
5. Amal ibadat serta kebaikannya akan berganda
6. Allah akan memudahkan pada saat kematiannya
7. Allah akan menerangi kuburnya selama berada di alam barzakh
8. Allah akan memberatkan timbangan amal baiknya semasa di Mahsyar
9. Selamat daripada kejatuhan kedudukannya di dunia
10. Martabatnya akan dinaikkan pada sisi Allah.


Tasbih Tahmid Takbir.


Saturday, September 10 3 notes

Syawal & Perayaan


Assalamualaikum.

Apabila Ramadhan berlalu, Syawal menjelma, dan tibalah musim raya. Walaupun aku di perantauan tetap tak mahu miss suasana raya ni. 


Persoalannya, best atau tidak beraya selain daripada di Malaysia ni? 
Well, I'm not sure myself. Is it great celebrating 'Eid outside Malaysia? 
How 'bout you tell me. 

Post kali ni nak cerita pasal pengalaman raya di Mesir 2011/1432H. 
Secebis pengalaman untuk dikongsi.

Gerak gempurnya lebih kurang macam ini lah :.



Malam Raya
takbir raya, ucapan raya, makan raya. di Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah (DMAK)

Hari Raya - Eidulfitri
Solat sunat raya & beraya di ‘Konsuliat’ – DMAK
Kemudian menuju ke H10 Imarah Selangor & Ziarah Tarbawi ke rumah abang2 lama.

Raya ke-2
Nothing much.
Pagi yang agak bosan. Takda aktiviti rasmi dan akibat kebosanan melampau aku pun plan raya sendiri di rumah kawan.Masak sendiri+makan sendiri+berjemaah. Potluck mari.
Malam : futsal raya.


Raya ke-3
Sambutan raya BKASM di Imarah Selangor.
Sambutan yang dimeriahkan oleh DJ yang ‘nice, pertandingan yang pelbagai- nasyid sajak etc, MC lawok kemah. Hidangan lezat maksimum, oleh crew masak BKASM. 
*pertama kali makan tempe di sini.

Raya ke-4
Raya di muhafazah luar Kaherah - Zaqaziq, Tanta, Mansoura.
Around Egypt in 2 days , Raya on the move. 
Sepatutnya pergi Alexandria tetapi tak jadi pulak. 
Kali pertama menjejak kaki di ketiga2 muhafazah.

Raya ke-7
RAMAH – Sambutan Hari Raya PMRAM
Bertempat di dataran H10. Paling meriah. Makanan lezat berkrim dan bermutu tinggi. Nak dengar nasyid2 yang mantop boleh dengar time ni.




Raya ke-8
Sambutan Hari Raya PERUBATAN
di rumah Johor Rab’ah(H4). Menyambut Raya sebagai crew.
yang sebelum2 ni kerja makan je. kali ni try rasa bagaimana mengendali sambutan raya.

_________________________________________________________________________________


Seperti yang anda boleh lihat, terlalu banyak sambutan raya di sini sampai boleh penat kepala nak melayan. Kadang-kala terasa berat nak berjalan banyak2. Tapi disebabkan ini perayaan sekali setahun, ambik la peluang ni dengan baik, mungkin tak dapat lagi tahun depan.

Dah pun belajar erti bersyukur. Lagi-lagi terhadap rezeki > syukur maksimas le jawabnye.


perlu alert je kt semua rumah terbuka yang ada.
Seminggu tak perlu memasak. boleh hidup. :D



:Extra detail:

> Raya pertama solat raya di ARMA/DMAK bsama orang melayu, tak join dengan arab, sebab kelam kabut sikit pagi tu. Terlambat tak sempat. =( oh well. Dapat makan sate, nasi himpit, roti canai dan segala jenis masakan raya melayu.

> Ziarah Tarbawi ke rumah senior2 selangor. Best juge beraya di rumah orang. Selain berkenalan dengan orang yang hebat-hebat belaka, mengepau kuih raya, makanan, nak pau internet pun boleh.

*Ustaz2 selangor ni mmg veteran masakan lazizat & tangan2 mereka lah yang selalu masak dlm banyak program.

> Raya ke 4 & 5 di muhafazah sebab semua cawangan (Zaqaziq Tanta Mansoura) buat sambutan hari raya 2 hari tu. Bjalan naik van & train dlm rombongan ber-9. Dan bermalam di rumah orang.

> Raya ke 8 menyertai krew memasak perubatan, bawah AJK kacak encik Faiz Mujahid. Masak dari malam lepas isyak hinggalah ke petang esoknya. Sungguh penat terkata2. Sejumlah besar crew masak adalah bdak2 selangor. Haha.. antara menu : nasi minyak, ayam masak merah, Spaghetti, nasi himpit, koktel, air lemon, kuih, cheesecake.
> Kpd sesiape yang pergi tu, sedap tak makanan hari tu? Jgn tanya kalau tak sedap. Aku tugas takat potong2 bawang, goreng ayam, angkut barang, basuh pinggan etc. haha.

Note : Segala yang tercatat disini merupakan apa yang telah aku lalui sendiri. ketika aku menulis ni, masih ada lagi jemputan beraya yang belum berlangsung. Pointnya, aku tak pergi semua & ada byk lagi sambutan raya yg tak tercatat dlm ni. 


Now, how 'bout it. Have you find out the answer yet?





Tiba tiba teringat pula dkt satu peribahasa ni semasa dulu2 belajar subjek Bahasa Melayu.

“Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negara sendiri, 
lebih baik di negara sendiri.”

ada orang kata peribahasa ni macam tak masuk akal.
“Hujan batu sakit kott. Ape yang lebih baiknya? Baik hujan emas!”
“Ngarut wei tak logik langsung.”
“Batu tu jenis batu kerikil ke batu sungai ke batu-bata?”

Aku pun tak faham gak mula-mula.
Tapi bila dah berjauhan ni baru lah faham intipati peribahasa ni sebenarnya. 
Fuh sentimental me.

Salam perantauan ada buat tapi tak masuk pulak haha. Mungkin sebab sakai sangat.
Tak ape lah lain kali.. Tahun depan lah kalau ada peluang. insyaAllah



.:Selamat Tinggal:.
Dalam kesibukan & kemeriahan beraya, ada pula tragedi sedih yang membawa duka.  Atas sebab tertentu, seorang kawan telah pulang ke Malaysia buat selama-lamanya. A fellow colleague. Lebih senior, lebih banyak pengalaman. Sedih apabila dapat tahu dia tak akan menyambung pelajaran kt sini lagi. Rasa sebak & bersalah lagi kerana tak upaya menolong dia sebelum ni. Hati dah pun memasang hasrat nak bersama hari-hari pergi ke kuliah sesi tahun hadapan.  Ada geng baru lah katakan. Tapi nampaknya hajat tu tak kesampaian. Hilangnya seorang teman seperjuangan. Manusia hanya merancang, dan Allah lebih mengetahui. Semoga dia mendapat kejayaan dalam bidang lain yang diceburinya.

Puasa enam. baru nak masuk hari kedua. wonder why~ 

Sekian sahaja post kali ini. 
Thank you for reading. Have a nice day.




 
Wednesday, August 31 1 notes

Seloka AidilFitri























Goes better with Firefox

Upgrade
eXTReMe Tracker
 
;