Saturday, September 10

Syawal & Perayaan


Assalamualaikum.

Apabila Ramadhan berlalu, Syawal menjelma, dan tibalah musim raya. Walaupun aku di perantauan tetap tak mahu miss suasana raya ni. 


Persoalannya, best atau tidak beraya selain daripada di Malaysia ni? 
Well, I'm not sure myself. Is it great celebrating 'Eid outside Malaysia? 
How 'bout you tell me. 

Post kali ni nak cerita pasal pengalaman raya di Mesir 2011/1432H. 
Secebis pengalaman untuk dikongsi.

Gerak gempurnya lebih kurang macam ini lah :.



Malam Raya
takbir raya, ucapan raya, makan raya. di Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah (DMAK)

Hari Raya - Eidulfitri
Solat sunat raya & beraya di ‘Konsuliat’ – DMAK
Kemudian menuju ke H10 Imarah Selangor & Ziarah Tarbawi ke rumah abang2 lama.

Raya ke-2
Nothing much.
Pagi yang agak bosan. Takda aktiviti rasmi dan akibat kebosanan melampau aku pun plan raya sendiri di rumah kawan.Masak sendiri+makan sendiri+berjemaah. Potluck mari.
Malam : futsal raya.


Raya ke-3
Sambutan raya BKASM di Imarah Selangor.
Sambutan yang dimeriahkan oleh DJ yang ‘nice, pertandingan yang pelbagai- nasyid sajak etc, MC lawok kemah. Hidangan lezat maksimum, oleh crew masak BKASM. 
*pertama kali makan tempe di sini.

Raya ke-4
Raya di muhafazah luar Kaherah - Zaqaziq, Tanta, Mansoura.
Around Egypt in 2 days , Raya on the move
Sepatutnya pergi Alexandria tetapi tak jadi pulak. 
Kali pertama menjejak kaki di ketiga2 muhafazah.

Raya ke-7
RAMAH – Sambutan Hari Raya PMRAM
Bertempat di dataran H10. Paling meriah. Makanan lezat berkrim dan bermutu tinggi. Nak dengar nasyid2 yang mantop boleh dengar time ni.




Raya ke-8
Sambutan Hari Raya PERUBATAN
di rumah Johor Rab’ah(H4). Menyambut Raya sebagai crew.
yang sebelum2 ni kerja makan je. kali ni try rasa bagaimana mengendali sambutan raya.

_________________________________________________________________________________


Seperti yang anda boleh lihat, terlalu banyak sambutan raya di sini sampai boleh penat kepala nak melayan. Kadang-kala terasa berat nak berjalan banyak2. Tapi disebabkan ini perayaan sekali setahun, ambik la peluang ni dengan baik, mungkin tak dapat lagi tahun depan.

Dah pun belajar erti bersyukur. Lagi-lagi terhadap rezeki > syukur maksimas le jawabnye.


perlu alert je kt semua rumah terbuka yang ada.
Seminggu tak perlu memasak. boleh hidup. :D



:Extra detail:

> Raya pertama solat raya di ARMA/DMAK bsama orang melayu, tak join dengan arab, sebab kelam kabut sikit pagi tu. Terlambat tak sempat. =( oh well. Dapat makan sate, nasi himpit, roti canai dan segala jenis masakan raya melayu.

> Ziarah Tarbawi ke rumah senior2 selangor. Best juge beraya di rumah orang. Selain berkenalan dengan orang yang hebat-hebat belaka, mengepau kuih raya, makanan, nak pau internet pun boleh.

*Ustaz2 selangor ni mmg veteran masakan lazizat & tangan2 mereka lah yang selalu masak dlm banyak program.

> Raya ke 4 & 5 di muhafazah sebab semua cawangan (Zaqaziq Tanta Mansoura) buat sambutan hari raya 2 hari tu. Bjalan naik van & train dlm rombongan ber-9. Dan bermalam di rumah orang.

> Raya ke 8 menyertai krew memasak perubatan, bawah AJK kacak encik Faiz Mujahid. Masak dari malam lepas isyak hinggalah ke petang esoknya. Sungguh penat terkata2. Sejumlah besar crew masak adalah bdak2 selangor. Haha.. antara menu : nasi minyak, ayam masak merah, Spaghetti, nasi himpit, koktel, air lemon, kuih, cheesecake.
> Kpd sesiape yang pergi tu, sedap tak makanan hari tu? Jgn tanya kalau tak sedap. Aku tugas takat potong2 bawang, goreng ayam, angkut barang, basuh pinggan etc. haha.

Note : Segala yang tercatat disini merupakan apa yang telah aku lalui sendiri. ketika aku menulis ni, masih ada lagi jemputan beraya yang belum berlangsung. Pointnya, aku tak pergi semua & ada byk lagi sambutan raya yg tak tercatat dlm ni. 


Now, how 'bout it. Have you find out the answer yet?





Tiba tiba teringat pula dkt satu peribahasa ni semasa dulu2 belajar subjek Bahasa Melayu.

“Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negara sendiri, 
lebih baik di negara sendiri.”

ada orang kata peribahasa ni macam tak masuk akal.
“Hujan batu sakit kott. Ape yang lebih baiknya? Baik hujan emas!”
“Ngarut wei tak logik langsung.”
“Batu tu jenis batu kerikil ke batu sungai ke batu-bata?”

Aku pun tak faham gak mula-mula.
Tapi bila dah berjauhan ni baru lah faham intipati peribahasa ni sebenarnya. 
Fuh sentimental me.

Salam perantauan ada buat tapi tak masuk pulak haha. Mungkin sebab sakai sangat.
Tak ape lah lain kali.. Tahun depan lah kalau ada peluang. insyaAllah



.:Selamat Tinggal:.
Dalam kesibukan & kemeriahan beraya, ada pula tragedi sedih yang membawa duka.  Atas sebab tertentu, seorang kawan telah pulang ke Malaysia buat selama-lamanya. A fellow colleague. Lebih senior, lebih banyak pengalaman. Sedih apabila dapat tahu dia tak akan menyambung pelajaran kt sini lagi. Rasa sebak & bersalah lagi kerana tak upaya menolong dia sebelum ni. Hati dah pun memasang hasrat nak bersama hari-hari pergi ke kuliah sesi tahun hadapan.  Ada geng baru lah katakan. Tapi nampaknya hajat tu tak kesampaian. Hilangnya seorang teman seperjuangan. Manusia hanya merancang, dan Allah lebih mengetahui. Semoga dia mendapat kejayaan dalam bidang lain yang diceburinya.

Puasa enam. baru nak masuk hari kedua. wonder why~ 

Sekian sahaja post kali ini. 
Thank you for reading. Have a nice day.




 

3 notes:

nawa7 said...

wah hari2 ada open house? lagi happening... dan dapat mkn tempe juga akhirnyaa :D hehe

Fawwaz -Ramz said...

tu la pasai awa.. kat sini lg meriah la. tak heran dgn org kat sana. hihi

nawa7 said...

oowh mcm itu ka?? tahun depan beraya disana lagi lah yee??? hihi

Post a Comment

Goes better with Firefox

Upgrade
eXTReMe Tracker
 
;