Sunday, August 21

Nocturnal Ramadhan








Bismillah.


Selamat pagi. Alhamdulillah, masih diteruskan kehidupan sehingga ke hari ini. Ini hari yang baru. Jadi semangat kena lah baru juga. Bangun pagi lalu menghirup udara ‘segar’ kota. Oh harunya. Sungguh kotor persekitaran di sini terus hilang semangat. Hm.

Sudah pun berlalu 21 hari di bulan ramadhan. Perasaan seakan baru bermula bulan puasa namun hakikat sebenar, sudah hampir sampai ke penghujungnya.

Benarlah, masa berlalu begitu pantas. Tiada erti penungguan dalam kamus hidup masa. (?) 

Adakah kalian semua berpuasa? Kalau ya baguslah. Mari bpuasa sama2. Meskipun timezone bbeza, juadah berbuka pun berbeza, tapi ibadah tetap ditujukan kepada Allah yang Satu. Hm, nice kan.

Dan sudah lebih kurang 2 minggu aku pulang dari luar negara, iaitu Saudi Arabia. Saudi?! Apa yang kau buat dkt sana? Hm, tekalah. Taknak jawab. Haha.. sekurang2nya bkn sekarang, nanti lah cerita.

..Oklah cerita sikit. Haha. 2 minggu berada di sana, bmula dari hujung syaaban, hingga ke awal ramadhan. Sempatlah berpuasa di Saudi. Kemudian sambung berpuasa di Mesir. Sesungguhnya aku bpuasa di 2 negara asing. Ingat senang ke nk buat mcm tu? “sekali seumur hidup.” (sg. Golok-Thailand tak kira.) 
Hmhmhm.

Sungguh seronok bpuasa di negara orang. Tak kata puasa di negara sendiri tak best. Cuma pengalaman baru ini sungguh manis. Lain tempat lain orang, lain pula suasananya. Ada yang baik dan yang buruk. Sama2 ada.  Tapi harus diingatkan, yang sepatutnya dicari bukanlah keburukan. Biarlah apabila kita berada di tempat orang, kita sebarkan khabar baik tentangnya. Dapat mendengar bacaan merdu pelbagai syeikh besar, satu penghargaan buat aku.


Oh. Sungguh, aku bermujahadah di bulan puasa ni. Banyak sungguh dugaan dan cabaran mental fizikal. Habis tenaga aku disedut dengan rakus smpi boleh pengsan. Bukan takat pengsan, wa boleh mati ooo! Makan tidur tak terjaga, mandi- eh. Biological clock seperti roller coaster. Juga mengharung badan yg berpenyakit. (anehnya ayat,yup).Kelas sampai ke pukul 2 pagi. 7 jam sehari, 6 kali seminggu. Cuba memantapkan ilmu fiqh dgn menyertai kelas tafaqquh. Malamnya tarawih. Inilah percubaan aku memanfaatkan semua saki baki masa yang ada ini, agar tidak terbuang begitu sahaja. Nak lebih, keringatnya kena lebih gaklah.

Tinggal berdua. Bosan tak ingatt. Nak bergaduh* pun tak meriah. Apatah lagi nak memasak juadah berbuka puasa. Hari2 menghadap masakan yang sama. Kari, ayam goreng, kicap. Tiada variety. Alangkah bagusnya kalau ada yang sudi masakkan. =(

Final words. Realized my malay roots. Tak guna punya orang, lupa asal usul. Buanglah bahasa mat saleh. Gantikan dengan bahasa ibunda. I’m still experimenting, see? a bit of both. Or maybe a third language, man ‘arif. :D



A little bit of sharing in this little bit of space.

Sahabat. Did ya realize we’re in the midst of a good opportunity? In Arabic its called fursah tayyibah. which means, good chance. What am I talking about? I’m describing the month of Ramadhan as a month of good chances. In it are full of rewards and promises from Allah. We just have to have the courage to grab it. “Ramadhan is a month of Allah, whose beginning is mercy, whose middle is forgiveness, whose end is freedom from the fire.” And there is this one night that is said in the Al-Quran Al-Kareem, as the night of power or the night of decree.  It is the Lailatul Qadr.

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul-Qadr.  Tahukah kamu apakah Lailatul Qadr?  Lailatul-Qadr lebih baik dari seribu bulan.”  (Surah al-Qadr: 1-3)


Seribu bulan MasyaAllah. Bersamaan 83 tahun. Jangka hayat kita pun belum tentu boleh sepanjang itu. Jadi bagaimanakah kita mesti mahu mendapatkan malam keramat ini?

Ulama’-ulama’ berpendapat bhwa Lailatul Qadar terdapat di sepuluh malam terakhir Ramadhan. Dan di malam sepuluh terakhir ramadhan ini, spesifiknya pada malam malam yang ganjil. 21, 23… 29.

Diriwayatkan oleh Ahmad dengan isnad yang sah dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu katanya telah bersabda Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam:  “Barangsiapa mencarinya, hendaklah dicarinya pada malam kedua puluh tujuh!”

Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang beribadah pada malam al-Qadr kerana iman dan mengharapkan keridhaan ALLAH, diampunilah dosa-dosanya yang terdahulu.”

Kita sudah pun berada di fasa terakhir Ramadhan ini, yg disertakan bersamanya dgn anugerah Lailatuh Qadr. Dengan baki beberapa hari yang tinggal ni, masih tak terlambat untuk kita tajdid kembali iman dan pertingkatkan amalan ibadah kita. Ayuh, di fasa terakhir ini, a burst of effort and one final push. bersama memperoleh janji Allah dan mendapat pelepasan daripada api neraka. Ibadah lillahi ta’la. dan siapa tahu mungkin ibadah yg kita buat semalam, malam ini, atau esok.. mendapat rahmat lailatul Qadr. Wallahua'lam.




“Ya ALLAH, sesungguhnya ENGKAU maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah daku ini.”

Syukur kepada Allah, dapat aku meninggalkan coretan di ruang kecil ini lagi.  Demi keberkatan Ramadhan. Ramadhan yang penuh rahmat dan kasih saying dariNya yang tidak terhingga.

MasyaAllah tabarakallah ya Ramadhan. Moga dapat lagi dipertemukan pada tahun hadapan. InsyaAllah.




2 notes:

nawa7 said...

Ramadahan makin tiba d penghujung. Rebutla peluang yg tinggal ni sebaiknya. seperti mencari harta karun didalam masa yg ditetapkan.meraih sebyk mungkin yg kt mampu perolehi.
Ramadhan pertama disana pasti jauh berbeza dgn kebiasaan di Malaysia kan?? bagus juga tulis di blog ni, sedikit sebanyak boleh , kami di sini tahu perkembangan ahmad disana. Rajin2 la update. jgn hangat2 tahi ayam. ekekek..

p/s:bila nk on9 ? beritahu la .

Fawwaz -Ramz said...

terima kasih nawa sbb mengingatkan.
Mmg byk beza dsini dgn di Malaysia.
n yg paling ketara mstila ketiadaan family kt sini. :(
haha. insyaAllah. rajin2 lah follow ye :D

Post a Comment

Goes better with Firefox

Upgrade
eXTReMe Tracker
 
;