Thursday, August 2 1 notes

Peluang

Assalamualaikum wbt.

Salam Ramadhan. Ramadhan Kareem wallahu Akram.

"Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah: doa ibu bapa terhadap anak; doa orang yang berpuasa; dan doa orang bermusafir." (Riwayat al-Baihaqi)

Post ini sangat kasual. Tak berfilter, few minutes pakai tulis saja tanpa sedikit pun melibatkan pemikiran otak. ..Actually, salah, setiap pergerakan badan, ’voluntary action’ termasuklah menaip di papan kekunci akan menggunakan jugak otak sebab setiap action akan di initiate melalui neuron otak dan motor movement berlaku akibat impulse yang dihantar dari cerebral motor cortex setelah di-synchronize bersama cerebellum… O-EM-GEE diamlah, nerd! 

Habis. Tamat sudah 2nd year. Khalasna dirasah sanah thaniah. Lepas menanti results betapa lama. Exam pun berbulan-bulan. Habis dah sesi kali ni. Occasion macam ni kena update blog. Walaupun malas, sebab boring, takde isi nak tulis.

Yep, takda isi.

Apa aku buat sambil tunggu results. Prepare untuk balik. Lama dah tak balik. Melancong, berperisa asli flora fauna keindahan Mesir. Kelaut biru. Pergi tempat yang jarang orang pergi, sebab tempat tu terlarang (muahaha). Akibatnya, sunburn menghitam manis terhasil.

Bukak puasa ramai-ramai kat rumah orang. Taraweh dekat masjid2 berlainan. Hadiri kelas agama Ramadhan special. Oh aku beruntung sebab boleh buang masa dengan benda-benda berfaedah. Dan tak berfaedah macam tengok movie. Kecuali korea –aku tak layan korea. True story.

Dapat natijah -results hari khamis minggu lepas. Naik tahun, syukur sangat. Walau expectation melebihi taqdir. Tak boleh nak pertikai lah. Usaha yang bajet bagus, baru usaha sikit dah expect banyak. Walaupun study hard tapi tak smart. Nama pun last minute study; ‘Last minute’ tak akan pernah ‘smart’, OK? Macam pepatah orang Kelantan dulu-dulu, learning the lesson ‘the hard way’. Dan aku dengar ada orang serumah nak jadi subjek master untuk batch, tahun depan. Tercapai ke tidak, wallahua’lam.

Hari tu aku balik Malaysia naik flight Oman Air. Gila taubat naik oman air. Sangat pahit oh transit 23 jam di Muscat Airport. kira sehari la. Tapi aku gembira sebab tak tinggal puasa. Tak terlintas pun. Dengar balik cerita orang lain baru sedar boleh tinggal puasa, musafir punya cerita. Boleh makan Subway dekat airport. gua suka subway, yummeh. Untungnya orang yang mampu bersikap tak malu -bertempat- a.k.a berani sebab benar. Hmmhmm.

Satu benda yang bermain difikiran aku masa bersama oman air ialah, pramugarinya semua bermuka asian. Aku ingat tersilap naik kapal terbang MAS / Singapore Airlines ke apa. Gaya cakap slang pun macam orang chinese-thai-Indonesian mix. Uniform pramugarinya pulak berskirt dan berkopiah- OK, cukup pelik. Atleast mereka bermurah hati bagi aku ruang untuk solat subuh dalam flight. Moga Allah beri hidayah pada mereka.

Alhamdulillah. Dah selamat tiba di rumah ahad lepas. Banyak perubahan kat rumah, walaupun tak jumpa semua ahli keluarga, dan jiran lagi. Nak dekat 2 tahun syeikh, rumah sendiri pun dah boleh tak cam.

Apa plan cuti ni, tak banyak mana pun, tapi risau jugak tak terbuat. Yang penting aku dapat drive semula, haritu drive ATV kat desert tak puas. One cool thing about driving is, skill takkan hilang walaupun dah tinggal hampir 2 tahun. Cuma jalan je lah boleh terlupa sikit-sikit. Jom sapa nak naek van-ku yang comel marilahhh. Limited time only.

Cukuplah membebel setakat ni. Terima kasih kerana baca sampai habis walaupun bosan teramat. 
Ma’assalamah.

Goes better with Firefox

Upgrade
eXTReMe Tracker
 
;