Wednesday, September 14

Ahlan wasahlan - Jiwa-jiwa muda


To those it may concern.

. . . .

Selamat datang kepada adik-adik dan sahabat-sahabat yang akan berjuang menuntut ilmu di sini.

Ahlan wasahlan ke Mesir - Ardhul Kinanah, Ummu Dunia & Bumi para anbiya’.

Salam ukhuwwah.



Baru-baru ni, aku seperti hilang fokus, hilang track of time. Mabuk laut kot, akibat sindrom cuti panjang, lupa hari apa2 (kecuali hari jumaat). teruk betullah.

Tup tup, ada orang mesej aku, kata nak sambung belajar dekat sini. Wah ajaib betul. Dah nak sampai dah generasi baru yang dinanti-nantikan. Aku memang tak sedar, dah setahun berlalu rupanya. Masa begitu pantas tak mengenal erti rehat. Apa yang dikecapi setelah setahun? tepuk dada dan tanya mak anda.

Jadi aku buat post kali ni untuk adik-adik & kawan-kawan yang bakal menuntut ilmu di sini.


note : aku sedang bajet senior ntuk post kali ni. Whoopee. Jangan muntah banyak sangat.


Kawan-kawan. Kita bersyukur, kerana kita antara insan bertuah yang berpeluang jejak kaki di sini, seperti sepuluh juta orang yang lain. Jadi janganlah sia-siakan peluang ini, jadikan bumi barakah ini, bumi tarbiyah. Untuk kita ambil sebanyak mungkin manfaat; ilmu dari para ‘alim ilmu di sini. Tak kisah ilmu agama, ilmu perubatan, atau ilmu2 kehidupan. Ikhlas kan hati dan niat apabila kemari.

Iman kita menurun menaik dan tak akan mendatar. Sentiasa perbaharui niat korang walaupun nanti dah agak lama kat sini.

Biarlah dengan keberkatan tanah para anbiya ni kita dapat mengambil banyak iktibar. Perjuangan para nabi dahulu dihayati, dan dijadikan pedoman.

Berjauhan dengan keluarga mungkin bukan perkara mudah bagi sesetengah orang.
Walaupun pasti ramai antara korang yang pernah tinggal di asrama sebelum ini.
Mungkin korang kata, biasa dah jumpa mak ayah adik beradik sebulan sekali je. Sekali sekala datang melawat korang kat asrama. Tapi kali ni berbeza. Korang tinggalkan keluarga jauh di negara lain. Semuanya untuk menuntut ilmu. Musafir- seorang penuntut ilmu dalam perantauan.


al Baqarah:ayat 61 : Pergilah kamu kebumi mesir, nescaya kamu akan dapat apa yang kamu hajati.


Belajar hidup berdikari. well, kat sini tak boleh lah korang nak bermanja-manja dengan ibu bapa, datuk juga nenek moyang masing2. Kat sini kena masak sendiri, basuh baju sendiri, bangun tidur sendiri, dan..... hidup sendiri. Tapi tak susah mana pun kan.

Kita ibarat sepasang sayap baru yang dalam proses kematangan. 






"Come, spread your wings and fly with me!"

"I believe I can fly." kata sang burung dan R Kelly. 

Kat sini tak ada keluarga yang nak jaga korang. Kawan-kawan dan sahabat-sahabat lah yang akan menjadi sedekat-dekat keluarga. Dari situ kita akan sedar pentingnya hidup dalam berjemaah dan pentingnya ukhuwwah. manisnya Ukhuwwah Fillah!

Macam peribahasa orang zaman batu dulu-dulu.

"Jauh berjalan luas pemandangan"

Bina kekuatan baru di sini. kelak pulang membawa perubahan.
Ambil peluang untuk mengenal budaya, etika arab kat sini,
Carilah kesempatan untuk mengambil sebanyak mungkin daripada peluang ni, belajar di negara orang.

Tanya diri sendiri, "how can I gain the most from studying abroad?"


Sempena tahun baru yang akan datang ni, pasti akan datang membawa banyak perubahan. Tahun ni Mubarak Murtabak dah tak da, lepas 30 tahun memerintah. Tahun akan datang ni apa akan berlaku? Wallahua'lam. Kita juga kena buktikan yang kita mampu membawa perubahan kelak. Di negara sendiri, dalam aspek masyarakat khususnya.


InsyaAllah2. so, pesanan-pesanan inilah yang sering diberikan sahabat2 dan abang2 kami disini. maklumlah, Aku pun masih baru kat sini, masih setahun jagung.
Eh betul2 baru setahun. Nice.


<muhasabah untuk diri sendiri. Kerana terlalu banyak terlalai dan terpesong. Terlalu banyak yang dirugikan.>


 Jadi sekian sahaja post untuk kali ini. Beringat dan berpada-padalah selalu.




Whoops, last2. Ini ada karangan; nota senarai semak oleh seorang member, mungkin berguna ntuk rujuk/semak barang2 yang nak dibawa nanti. >kelik di sini<


__________________________________________________________________

Perantau musafir perjuangan
Tabahkanlah hatimu
Berjuang di rantau orang
Sedih pilu hanya engkau yang tahu

Ingatlah anak dan isteri
Janganlah menghriris hatimu
Kerinduan desan nan permai
Janganlah melemahkan semangat juangmu

Di waktu ujian badai terus melanda
engkau tetap gigih berjuang
membenarkan sabda junjungan
Terus memburu menuntut janji
Pastilah Islam gemilang lagi

Tapi pejuang kembara perjuangan
Ujian bukan batu penghalang
Kerana itulah syarat dalam berjuang

Oh pejuang
Di manapun ada ketenangan
Di manapun ada kebahagiaan
Bila insan kenal pada Tuhan
Kasih sayhang dan pembelaan-Nya
bagi insan yang menyerahkan
Jiwa dan raga, anak dan isteri
Kepada Allah

-------------------------
The Zikr : Perantau

0 notes:

Post a Comment

Goes better with Firefox

Upgrade
eXTReMe Tracker
 
;